DAJJAL

Penterjemah Asal : Drs. Tarmana Ahmad Qasim (Indonesia)

HURAIAN MENGIKUT BAB

PENGANTAR

Muhammad Isa Dawud (MID) memulakan kata pengantarnya dengan merujuk kepada respon pembaca-pembaca berasaskan buku karangannya sebelum ini yang bertajuk “Awas! Dajjal Menggempur Dunia dari Segitiga Bermuda” (Buku ini masih sukar diperolehi sama ada dalam bahasa Arab, Inggeris atau Melayu, atau mungkin tiada langsung dalam bahasa Melayu). Beliau memberitahu bahawa buku karangannya itu telah mendapat maklum balas yang baik sama ada pro atau pun kontra. Beliau juga menyatakan masih belum sempat menjawab beratus-ratus surat dari pembaca.

“…sehingga saya tidak mempunyai cukup waktu untuk membalas ratusan surat yang dilayangkan ke alamat saya.”

Menurut MID, hanya 2 surat yang menyatakan rasa tidak setuju tentang pendapatnya. Bayangkan pembaca bukunya adalah melebih 100,000 orang di seluruh dunia dan hanya kontra 2 orang sahaja. Maka disini penulis boleh simpulkan bahawa karangan dan penyampaian MID amat bagus dan berjaya meyakinkan para pembaca walaupun fakta-fakta yang dibincangkan nampak tahyul dan penuh mistik. Namun begitulah yang boleh kita simpulkan apabila seseorang yang berfikiran luas berjumpa dengan sesuatu perkara yang menjadi rahsia dalam umat Islam (khususnya soal DAJJAL), golongan seperti ini tidak mudah mengalah dan akan terus mencari fakta dan bukti-bukti yang boleh menyokong pandangan mereka. Malah dalam masa yang sama juga MID tidak keberatan untuk menolak hujahnya sendiri jika pandangannya itu kurang betul.

“…..juga untuk memperbaiki pelbagai pandangan dan teori yang agak mudah yang saya kemukakan dalam buku ‘Ihdzaru al-Masikh ad-Dajjal’ yang telah tersebar dulu itu.”

MID memberitahu bahawa…

“Buku ini mengemukakan rinci perhubungan antara Dajjal dengan Segitiga Bermuda dan Piring Terbang…” Kemudian, beliau berkata…

“…saya akan mengemukakan lebih dahulu pelbagai realiti yang menyatakan bahawa Dajjal, yang dikutuk Allah termasuk dalam kelompok yang ditangguhkan kematiannya.”

Mungkin MID tersilap menyusun kata-kata. Dalam bukunya ini, persoalan asal-usul Dajjal, tempat kelahiran, panjang umur Dajjal dan pengembaraannya lebih dahulu diceritakan. Kemudian barulah persoalan kaitan Dajjal dengan piring terbang dihuraikan dengan panjang lebar. Penilaian Penulis+ Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar. + Huraian MID dalam bab piring terbang agak lemah. Maksud penulis kerana fakta-fakta yang dihujahkan adalah fakta lama yang meleret-leret. Hanya satu ayat yang boleh dikaitkan dengan Dajjal iaitu “teknologi Dajjal sudah menjangkau berabad ke hadapan”, kemudian MID terus menyatakan hal ehwal piring terbang. Diharap pada penulisan akan datang MID boleh membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan bagaimana Dajjal membina piring terbang dan mengapa piring terbang selalu tidak terbang di kawasan yang ada ramai orang. Seringkali di dengar hanya 2 atau 3 orang sahaja yang melihat. Seolah-olah piring terbang tersebut hanya sengaja ditayangkan kepada tempat tidak ramai orang. Namun penulis masih tidak memahami suatu perenggan dalam buku ini iaitu

“Sesungguhnya Dajjal yang dilaknati Allah berserta Iblis tidaklah sama dengan Samiri; pelaku fitnah dahulu kala yang membuat patuung anak lembu bersama Bani Israel.”

Agak menghairankan apabila MID menyatakan demikian, iaitu Samiri tidak sama dengan Dajjal. Sedangkan 60 peratus muka surat dalam buku ini mengisahkan hal ehwal Samiri yang panjang umur yang akhirnya mendiami Kerajaan Segi Tiga Bermuda. Penulis tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh MID, adakah berlaku kesilapan terjemahan, kesilapan penulisan atau sememangnya MID bermaksud begitu. Jika benar MID bermaksud begitu, amatlah pelik. Penulis tidak berjaya mendapatkan naskah berbahasa Arab, jika ada naskah Arab bolehlah dirujuk adakah berlaku terjemahan Melayu itu silap. Tidak mengapa, mungkin itu perkara kecil sahaja, kita tinggalkan dahulu bab kesilapan tulisan.

Identiti Dajjal

Perbincangan dan hujah-hujah yang dinyatakan di sini 90 peratus adalah merujuk kepada pendapat “Muhammad Isa Dawud”. Pandangan dan hujah beliau diambli kira sebagai hujah dominan kerana hanya belaiu seorang setakat ini yang bergiat cergas dalam membongkar masalahat di atas.

Beliau juga mampu membaca dalam bahasa Ibrani, ‘Arami, Arab Kuno, Inggeris dan Parsi. Dan itu tidak mustahil kerana beliau memang berkelulusan dan Bidang Pengajian Perbandingan Agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bukan itu sahaja malah beliau juga menyimpan pelbagai manuskrip-manuskrip kuno yang diperoleh beliau hasil dari pengembaraannya di seluruh negara Eropah, Skandinavia dan Arab.

Selain itu, teori-teori yang dikemukan juga merujuk kepada pandangan ulama’-ulama’ dan tokoh pemikir-pemikir lain yang dirasakan sesuai dalam membahaskan bab Dajjal ini.

Pandangan pembaca amat dialu-alukan dalam setiap teori yang dikemukakan. Pembaca juga digalakkan mengemukakan teori masing-masing berserta hujah-hujah yang konkrit. Sesiapa sahaja layak untuk membuat teori walaupun orang awam biasa.

The Dajjal Defination In Wikipedia.

Dajjal

ad-Dajjal sometimes spelled Dajal, (Arabic: الدّجّال, ad-dajjāl) (”The Deceiver/impostor”), is an evil figure in Islamic eschatology. He is to appear at a time in the future, before Yawm al-Qiyamah (The Day of Resurrection, Judgement Day).

Dajjal” (compare to “Devil”) is a common Arabic word, used in the sense of “false prophet”, but “Ad-Dajjal“, with the definite article, refers to “The Imposter“, a specific end-of times deceiver. The term Al-Masih Ad-Dajjal (Arabic for “The False Messiah”) is a literal translation of the Syriac term “Meshiha Deghala”, which had been in the common vocabulary of the Middle East and adapted into the Arabic language 400 years prior to the Qur’an via the Peshitta (which uses that term instead of the Greek “antichristos”). [1][2]

The belief is based around the events prior to the Day of Judgment around the Second Coming of The Christ, when ad-Dajjal shall gather an army of those he has deceived and lead them in a war against Jesus, who shall be accompanied by an army of the righteous.

He will appear somewhere between Syria and Iraq, at which time Jesus will return and defeat ad-Dajjal in Palestine. He will be unable to enter Mecca or Medina.

Linguistically, the reason for his name being “Masih-ad-Dajjal” is simply because Masih is a title given to one who travels extensively to increase their influence in the world. Jesus is also called masih because he will roam throughout the world to preach righteousness and virtue, whereas the Dajjal would travel around the world to do just the opposite. He would gain control over the whole world, which is the specific reason he is called ‘masih’. Essentialy, Jesus is the Masih of virtue and righteousness; Dajjal is the Masih of evil.[1]

The word Dajjal has two connotations: First, it signifies a group which supports falsehood and works with cunning and deceit. Secondly, it is the name of the Satan who is the father of all falsehood and corruption.

Teori 1 : Dajjal adalah suatu bentuk Ideologi

1 Comment

1 response so far ↓

  • adisarwajagat // December 28, 2007 at 3:39 am

    pada pendapat saya, pada zaman Rasulullah Saw al-masih dajjal masih lagi terikat sehinggalah tercetusnya Perang Salib. Knight of Templar setelah menjumpai harta yang tidak bernilai harganya di Jurusalem yang bertanggungjawab meneruskan agenda al-masih dajjal dan bergabung dengan keluarga Rotschild. Kemudian menyerap masuk ke dalam gerakan mason lalu tercetusnya gerakan Freemasonary. Seterusnya meneruskan agenda mereka ke Amerika Syarikat setelah berjaya mencetuskan Revolusi France, di Perancis, revolusi di England, dan revolusi di Russia.

Tinggalkan Balasan

Anda harus masuk log untuk mengirim sebuah komentar.